Nikmati hidangan lazat, eratkan hubungan, dan sambut Hari Raya dengan tawaran istimewa di Golden Screen Cinemas, Velvet Restaurant and Bar, JIN Gastrobar, serta Kissa Cafe and Diner!
Mulai 13 Mac hingga 30 April, pelanggan boleh menikmati set hidangan bertemakan tempatan yang lengkap dengan minuman di Velvet Restaurant and Bar, JIN Gastrobar dan Kissa Cafe and Diner.
Selangor, 28 Mac 2025 – Raya adalah masa untuk mensyukuri nikmat dan menghargai detik-detik kecil dalam kehidupan. Bagi memeriahkan sambutan tahun ini, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) mempersembahkan pelbagai tawaran istimewa dengan menu eksklusif serta dekorasi memukau di Aurum Theatre, Velvet Restaurant and Bar (Sunway Mall 163), JIN Gastrobar (The Gardens Mall dan The Mall, Mid Valley Southkey JB), serta Kissa Cafe and Diner (The Exchange TRX). Bukan itu sahaja, pelanggan juga berpeluang menikmati promosi dan ganjaran istimewa melalui kempen ‘Raya Bersama GSC’ yang menjanjikan lebih banyak keistimewaan untuk semua.

Menyemarakkan lagi suasana Raya, hidangan istimewa bertemakan ‘Feast of Togetherness’ yang menampilkan pelbagai juadah tradisional kegemaran ramai boleh dinikmati di Velvet Restaurant and Bar, JIN Gastrobar serta Kissa Cafe and Diner. Setiap lokasi menawarkan pengalaman rasa tersendiri yang pastinya menggamit selera.
Tiada Raya yang lengkap tanpa mengabadikan kenangan indah dalam persalinan menawan. Dengan kerjasama jenama fesyen tempatan BEHATI dan Florism de Art, pelanggan boleh menikmati pemasangan floral eksklusif yang menjadi latar sempurna untuk gambar Instagram yang memukau. Dari 18 Mac hingga 13 April, saksikan koleksi terbaru BEHATI bertajuk ‘QABA’ di Aurum Theatre, The Exchange TRX serta dekorasi bunga mewah oleh Florism de Art di Aurum Theatre (The Gardens Mall dan The Mall, Mid Valley Southkey JB), serta Velvet Cinemas by GSC di Sunway Mall 163.




Selain menikmati juadah enak, Raya juga adalah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama insan tersayang di panggung wayang. Nikmati filem-filem menarik di skrin besar di Aurum Theatre, Velvet Cinemas by GSC atau lokasi GSC yang lain. Tidak kira filem yang mencuit hati mahupun yang penuh emosi, pengalaman di pawagam pastinya lebih bermakna apabila dikongsi bersama keluarga dan sahabat. Bersempena minggu perayaan, filem mesra keluarga Minecraft dan produksi tempatan penuh aksi Blood Brothers akan ditayangkan pada 3 April dan 10 April.
Untuk lebih banyak tawaran menarik dalam kempen ‘Raya Bersama GSC’, ikuti saluran media sosial GSC bermula 27 Mac!
Ikuti rangkaian F&B GSC di media sosial untuk maklumat lanjut:
Velvet Restaurant and Bar
JIN Gastrobar
Kissa Cafe and Diner